Dua lelaki berumur 24 dan 44 tahun ditahan polis di Johor Bahru, Johor, dipercayai memiliki 66.3 kilogram dadah serta 12 biji pil ecstasy.
 
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Superintenden R. Azizan Ibrahim berkata, seorang suspek mempunyai 42 rekod lampau dadah dan jenayah.


Manakala seorang lagi suspek mempunyai empat kes dadah, selain berada dalam senarai dikehendaki polis.
 
Kedua-dua suspek juga positif dadah.
 
Polis turut merampas sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Melaka, November lalu.
 
Sindiket beroperasi sejak awal tahun lalu dengan menyewa rumah di kawasan berpagar dan berpengawal untuk menyimpan dadah.
 
Suspek direman hingga 20 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini