Dua lelaki ditahan dalam operasi berasingan di Lipis, Pahang.
Seorang mekanik, 33 tahun ditahan melalui Ops Tapis kerana memiliki pelbagai jenis dadah. Manakala seorang lelaki berusia 52 tahun, ditahan melalui Ops Sarang. Ketua Polis Kuala Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan awal, kedua-dua lelaki positif dadah jenis methaphetamine. Melalui Ops Tapis, polis menjumpai satu bekas plastik berisi ketulan kristal dan 35 tiub straw pelbagai warna berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 10.26 gram. Turut dijumpai ganja seberat 6.30 gram dan heroin seberat 17.30 gram. Manakala, melalui Ops Sarang, polis menemui satu beg galas berisi tiga ketulan mampat dedaun kering disyaki ganja seberat 235.72 gram dan dua paket berisi ketulan warna putih disyaki heroin seberat 8.26 gram.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini