Dua lelaki warga tempatan yang terlibat dengan sindiket pengedaran dadah ditahan dalam Ops Catrina pada Ahad lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur, Supritendan Mohd Shokri Abdullah berkata suspek masing-masing berusia 23 dan 64 tahun itu ditahan di sebuah kondominium di Seri Kembangan, Selangor yang dijadikan sebagai stor dan tempat memproses cecair dadah.

Siasatan mendapati sindiket telah beroperasi sejak sebulan lalu dan menggunakan premis kondominium dengan kawalan keselamatan yang ketat bagi mengaburi pihak berkuasa.

Dadah dirampas bernilai lebih RM333,000 antaranya ketamin, ganja, pil esktasi dan erimin yang dipercayai untuk pasaran pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kedua-dua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari dari 3 hingga 9 Januari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini