Dua lelaki menaiki sebuah lori ditahan di Pendang, Kedah, sejurus polis melepaskan beberapa das tembakan ke udara.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada 5.45 pagi semalam, apabila pihak polis mengekori lori mencurigakan, dari Gerik, Perak hingga ke Pendang.

Hasil pemeriksaan awal, pihak polis mendapati lori berkenaan bersangkut dengan kes kehilangan kenderaan di Kepala Batas, Pulau Pinang mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574).
 
Turut ditemui  0.34 gram ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah syabu.
 
Kedua-dua suspek  mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu cubaan bunuh dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini