Seorang pemandu e-hailing dan pekerja kilang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Pontian atas pertuduhan berkait kegiatan pinjaman wang tidak berlesen (Ah Long) pada 22 September dan Isnin lalu. 

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Fakrul Faiz Mohd Nor, 32 tahun dan Ridzwan Idham Abdullah, 26 tahun, didakwa bersama-sama menyimpan cat merah dan nota ugutan kepada peminjam, Isnin lalu. 

Manakala pertuduhan kedua, Mohd Fakhrul didakwa membantu menjalankan pemberi pinjaman wang tidak berlesen dengan membuat kutipan kepada peminjam pada 22 September lalu. 

Kesalahan tersebut dilakukan di Taman Bayu Puteri, Johor Bahru dan Taman Gunung Pulai, Kulai, Johor Bahru. 

Kedua-dua tertuduh dibenarkan jaminan RM3,000 seorang. 

Kes didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951(Pindaan) 2010 dan boleh dihukum mengikut akta yang sama. 

Kes disebut semula 15 November depan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini