Sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh, manakala dua lagi cedera dalam dua letupan bom di barat Kabul, Afghanistan.

Letupan pertama berlaku di kawasan kejiranan Dashti Barchi, membunuh empat penumpang bas mini dan mencederakan dua yang lain. Sebuah bas mini turut musnah dalam kejadian itu.

Letupan kedua berlaku kira-kira 30 minit kemudian di kawasan Dehbori dan pasukan keselamatan Taliban telah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga. Belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini