Dua lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, PKPD berkuat kuasa tengah malam ini hingga 25 November.

Ia membabitkan Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan FELDA Chini 3, Mukim Penyor, Pekan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad menerusi kenyataan menyebut, pelaksanaan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko dibuat Kementerian Kesihatan selain trend penularan jangkitan COVID-19 semasa.

Dalam pada itu, tiada sebarang pelanjutan dan penamatan PKPD direkodkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini