Di Kedah, dua lokasi di Kuala Muda mengalami fenomena air pasang besar.

Lokasi tersebut adalah Pantai Kuala Muda dan Pantai Tanjung Dawai Merbok. 

Bagaimanapun ia tidak menyebabkan pemindahan penduduk.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten Pertahanan Awam Azhar Ahmad menerusi kenyataan memaklumkan lokasi pemantauan di Pantai Kota Muda melibatkan dua mukim. 

Di Mukim Kuala melibatkan Kampung Kuala Jalan, Kampung Padang Salim, Kampung Paya dan Hujung Matang. 

Manakala Mukim Bukit Meriam melibatkan Kampung Sungai Meriam dan Sungai Yu. 

Bacaan semasa paras air pada pukul 1.17 minit pagi tadi mencatatkan 1.17 meter iaitu mengalami sedikit kenaikan 0.20 meter di Kampung Kepala Jalan. 

Manakala pemantuan di Pantai Tanjung Dawai iaitu di Mukim Merbok melibatkan Kampung Huma dan Jeti Tanjung Dawai mendapati terdapat kenaikan 0.20 meter di Kampung Huma pada bacaan 1.85 meter.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini