Dua lot kedai, di pekan Tok Jalai, Jitra, Kedah musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 9.56 pagi tadi.

Kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, mengesahkan kebakaran kedai papan dua tingkat berkenaan. Dua jentera bomba, masing-masing dari Jitra dan Alor setar bersama 20 anggota ke lokasi insiden sebaik menerima maklumat kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal pihak bomba dan penyelamat. Beberapa motosikal yang diletakkan berhampiran tempat kejadian turut musnah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini