Dua maut dan empat lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Kampung Kilim, Ayer Hangat, Langkawi semalam.

Mangsa, Mohd Firdaus Nor Shaidi, 23 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha (HSM), manakala Maizatul Hana Mohd Rosdan, 21, meninggal di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, kejadian yang berlaku pada pukul 4.05 petang itu dipercayai akibat pemandu hilang kawalan, terbabas kemudian merempuh pokok di bahu jalan.

Tambah beliau, impak rempuhan telah menyebabkan semua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan.

Kesemua mangsa yang berusia antara 21 hingga 27 tahun dipercayai sedang bercuti di Langkawi dan dalam perjalanan dari Kuah menghala Ayer Hangat.

Empat mangsa yang cedera parah dihantar ke HSM bagi mendapatkan rawatan lanjut.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini