Dua maut manakala enam cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 59 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, Pahang, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata kejadian kira-kira jam 2 petang itu menyebabkan penumpang kereta Perodua Aruz, Nur Alya Fakhira Ariffen, 18 tahun, dan pemandu kereta Honda City, Mohd Said Husen, 67 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.

Nahas dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Hilux terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan Perodua Aruz.

Perodua Aruz itu kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan dua buah kereta lain jenis Nissan Almera dan Honda City.

Pemandu Perodua Aruz dan Nissan Almera serta empat penumpang dua kenderaan itu cedera ringan manakala pemandu dan penumpang Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini