Dua maut, manakala tiga yang lain cedera, selepas kenderaan pacuan empat roda, terbabas, melanggar tiang jejantas.

Insiden pukul 6.40 pagi tadi, berlaku di Lebuhraya Pasir Gudang-Taman Damansara Aliff, Johor Bahru, Johor.

Identiti mangsa yang maut, di lokasi insiden masing-masing disahkan Charles Anak Singgai, 24 tahun dan Rizky Ahmad Hua Abdullah, 35 tahun.

Kenyataan Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan Dua Wan Nor Affendi Wan Yusoff memberitahu, tiga mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital sebelum pasukan bomba dan penyelamat, tiba.

Mereka yang cedera adalah Douglas Martin, 29 tahun, Kareno Esang, 39 tahun dan Andy Mieky Bunyah, 22 tahun.

Operasi menyelamat tamat pukul 7.55 pagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini