Boeing bersetuju membayar kira-kira ASD225 juta bagi menyelesaikan tuntutan pemegang saham yang mendakwa pengarah syarikat itu gagal memantau isu keselamatan berkaitan nahas dua pesawat 737 MAX.

Boeing turut memutuskan mengupah seorang pegawai bagi menguruskan hal ehwal dalaman syarikat, dan bercadang melantik seseorang yang berpengalaman luas dalam keselamatan penerbangan untuk menganggotai lembaga pengarah.

Bagaimanapun, perjanjian itu tidak bermakna pengarah Boeing mengaku bersalah.

Penyelesaian yang dicadangkan itu dijangka diluluskan Mahkamah Chancery Delaware.

Perkhidmatan pesawat 737 MAX telah digantung di seluruh dunia ekoran nahas yang berlaku di Indonesia pada Oktober 2018 dan di Ethiopia pada Mac 2019, mengorbankan 346 nyawa.

Boeing mengakui bahawa dalam kedua-dua kes, terdapat kerosakan dalam sistem pengendalian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini