Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM MALAYSIA) Zon Maritim Kuala Kurau menahan dua nelayan berikutan melakukan kegiatan perikanan di luar kawasan dibenarkan. Kegiatan dilakukan pada jarak kira-kira 2.9 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata bot BENTENG 3 semasa rondaan rutin telah mengesan sebuah bot gentian kaca dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek merupakan warga tempatan berusia lingkungan 17 dan 44 tahun serta bot berkenaan didaftarkan di Pulau Pinang. Turut ditemukan, kira-kira lima kilogram hasil ikan campur serta 403 set bento ketam disyaki untuk kegunaan menangkap hasil laut.

Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen perikanan dengan menangkap hasil laut di luar kawasan dibenarkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini