Satu serangan bom tepi jalan menyasarkan sebuah kenderaan puak Taliban di timur Afghanistan membunuh sekurang-kurangnya dua orang awam termasuk seorang kanak-kanak. Menurut ketua polis daerah Behsud, Ismatullah Mubaris, dua buah bom diletupkan ketika sebuah kenderaan puak Taliban melalui sebuah jalan di daerah tersebut.

Tiada pejuang Taliban yang tercedera dalam insiden tersebut. Sebuah hospital tempatan melaporkan, dua mayat dan empat orang awam yang cedera dibawa ke hospital itu selepas letupan. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam kejadian di timur wilayah Nangarhar itu.

Namun begitu, militan DAESH sering melancarkan serangan yang menyasarkan puak Taliban. Baru-baru ini, DAESH menampakkan tanda-tanda sedang berkembang di Afghanistan dengan serangan-serangan di utara, selatan dan ibu kota Kabul.

Minggu lepas, mereka mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid Syiah di selatan Afghanistan yang menyebabkan 47 orang tebunuh dan puluhan lagi tercedera.

Ia merupakan serangan paling teruk berlaku sejak Amerika Syarikat keluar dari negara itu. Kejayaan serangan oleh kumpulan itu menyebabkan kemampuan puak Taliban untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan negara bergolak itu diragui.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini