Lima buah rumah di Kampung Palimbayan, Sungai Penchala di Kuala Lumpur mengalami kerosakan teruk akibat tanah runtuh pada pukul 10 malam semalam berikutan hujan lebat.

Dua penduduk parah dan 13 keluarga masih terperangkap berikutan jalan utama terpaksa ditutup. Kejadian tanah runtuh turut mengakibatkan beberapa pokok tumbang termasuk tiang elektrik. Penduduk kini berlindung di rumah saudara mara serta masjid.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mahadzir Sulaiman yang turun padang meninjau kejadian menyatakan pihaknya akan memberi bantuan segera kepada mangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini