Dua lelaki yang juga pemandu lori cedera parah dalam kemalangan, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan berhampiran Sekolah Kebangsaan Behor Mali, Jalan Kangar-Alor Setar, Simpang Empat, Perlis, kira-kira  jam 4.40 pagi.

Dua buah jentera dan kenderaan utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dan Kuala Perlis diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Syer Nasir Syed Khalid bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi.

Kedua-dua buah lori dipercayai berlanggar secara bertentangan antara satu sama lain menyebabkan seorang mangsa tersepit dalam lori.

Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Kedua-dua mangsa yang cedera dikenali sebagai Muhammad Nohman Hakim Asarri dan Mohd Firdaus Yaacob dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk menerima rawatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini