Dua pendaki diselamatkan setelah terkandas di atas bukit akibat terperangkap dalam kejadian kepala air di Pusat Peranginan Bukit Wang Jitra, Kedah.

Penguasa Kanan Bomba Satu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata ketika diselamatkan kedua-dua lelaki berusia 15 dan 21 tahun berada di atas bukit anggaran ketinggian 500 meter.

Menerusi kenyataannya; pusat gerakan operasi menerima panggilan menyelamat setelah pendaki terkandas di atas bukit akibat kepala air.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra mendaki bukit menggunakan laluan alternatif dan berjaya membawa dua mangsa turun ke bawah dengan selamat.

Operasi tamat sepenuhnya pukul 9.50 malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini