Dua penolong akauntan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan melakukan pecah amanah RM74,000

Tertuduh, Tengku Asraf Shah Tengku Yahya dan Zuraini Abdul Rahim @ Abdul Rahman, didakwa melakukan kesalahan itu ketika di Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Raub,  antara Jun 2020 hingga Februari tahun lalu.
 
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
 
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang serta seorang penjamin.

7 Mac; tarikh sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini