Dua Projek Perumahan Rakyat PPR di Langkawi kini hampir siap sepenuhnya dan dijangka akan mula diduduki pada suku pertama 2022.

Sejumlah RM263.8 juta diperuntukkan untuk PPR Aggerik Lestari dan PPR Indera Mahsuri yang mula dibina sejak April 2018. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, dua unit pangsapuri 22 tingkat itu dibina di atas tanah berkeluasan 10.25 ekar dan 6.38 ekar.

Setiap unit PPR turut dilengkapi fasiliti seperti surau, balai komuniti, tadika, taska selain 500 unit kediaman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini