Dua pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi iaitu World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur sudah bersedia sepenuhnya bagi operasi pemberian dos penggalak bermula hari ini.

Penyelaras PPV Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Misliza Ahmad berkata segala persiapan sudah dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan kedua-dua PPV dos penggalak AstraZeneca itu beroperasi dengan lancar.

Lebih 300 petugas dan sukarelawan terdiri daripada Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, dan Angkatan Tentera Malaysia akan membantu dalam program imunisasi tersebut.

PPV WTCKL menyediakan 9,000 dos penggalak sehari, manakala PPV Axiata Arena sebanyak 8,000 dos penggalak dengan setiap individu akan mengambil masa kira-kira 30 minit bagi menyempurnakan proses vaksinasi masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini