Walaupun pernah diserbu dan diberi teguran oleh pihak berkuasa, dua premis memproses makanan masih berdegil mengulangi kesalahan beroperasi dalam persekitaran yang jijik dan kotor. Ia hasil serbuan mengejut ke atas dua buah premis membuat roti dan memproses mee di Georgetown, Pulau Pinang. Ia dilakukan dengan kerjasama Pejabat kesihatan Timur Laut dan Pejabat Kesihatan Negeri Pulau Pinang awal pagi tadi.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, Antara kesalahan yang dilakukan ialah makanan diletakkan di atas lantai, najis tikus ditemui dikhuatiri mencemar proses pembungkusan.

Terdapat juga kesalahan menggunakan logo Halal di kotak tanpa kelulusan pihak berwajib. Katanya susulan pemeriksaan itu pihaknya mengeluarkan 3 notis kompaun dengan nilai kompaun keseluruhan berjumlah hampir RM3,000 berserta notis penutupan selama 2 minggu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini