Setakat siang tadi, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Johor Bahru. Ia melibatkan 40 penduduk terjejas, terdiri daripada 35 keluarga. Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyanathan dalam satu kenyataan berkata, PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kuo Kuang, menempatkan 33 penduduk terjejas dari Lorong Aris Batu 8 1/2.

Manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, menempatkan tujuh penduduk terjejas, dari kawasan Kampung Laut Batu Sepuluh, Skudai. Antara agensi terlibat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RELA.                             

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini