Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki termasuk dua remaja bawah umur kerana berlumba haram dan menyita 43 motosikal dalam operasi Samseng Jalanan.

Operasi itu dijalankan di dua lokasi tumpuan mat rempit di negeri itu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, JSPT Pulau Pinang, Supt Zafri Zolkapli berkata, operasi bermula pukul 10 malam tadi dan tamat lima jam kemudian itu diadakan di daerah Barat Daya dekat sini dan Seberang Perai Utara (SPU).

Menurutnya, polis menjalankan operasi itu hasil dari aduan dan maklumat orang awam berkaitan motosikal yang berlumba dan menunggang secara berbahaya yang kerap dilaporkan di dua daerah tersebut.

Katanya empat lelaki termasuk dua remaja bawah umur yang sudah tidak bersekolah itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.

43 motosikal pula disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987.

Beliau berkata, 117 saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal dengan pelbagai kesalahan trafik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini