Dua mangsa rentung dan tujuh lagi melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan lebih 40 rumah di Jalan Tawau Lama, Tawau, Sabah, tengah malam tadi.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tawau, Julius John Stephen Jr mengesahkan bahawa mayat kedua-dua mangsa ditemukan pada pukul 4.45 dan 5.50 pagi tadi.

Jelas Julius, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12:31 tengah malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6.20 pagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini