Mahkamah Majistret Tapah menetapkan 21 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dua rakan yang menghadapi pertuduhan membunuh seorang lelaki, di Bidor September tahun lalu.

Majistret Siti Hanum Mohmad Sah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayu Zakaria memohon untuk menangguhkan kes sementara menunggu laporan kimia dan forensik. 

Tertuduh Anbu Manikam, 30 tahun dan Mageswaran Narayanasamy, 31 tahun dituduh membunuh Gunaselan Duray Ragh, 30 tahun pada 13 September 2021 di kolam ikan Kampung Poh, Bidor.

Kedua-dua tertuduh mengaku faham, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini