Dua sindiket pengedaran dadah berjaya dipatahkan polis dengan penahanan 13 individu warga tempatan pada 29 dan 30 November lepas.

Turut dirampas lebih 285 kilogram dadah syabu bernilai RM10.27 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata suspek terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 21 hingga 53 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara. 

Polis turut menyita tiga kereta, tujuh barang kemas dan seutas jam tangan bernilai lebih RM194,000.

Saringan awal air kencing mendapati empat suspek positif dadah syabu.

11 suspek pula mempunyai rekod lampau dalam kes dadah dan jenayah.

Mereka direman 12 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini