Sarawak merekodkan penemuan sub varian baharu Omicron COVID-19 yang mudah berjangkit iaitu BA.2.12.1 dan BA.5 baru-baru ini.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Dr David Perera berkata varian tersebut dikesan daripada sampel pesakit di Sibu dan Kuching.

Dari 1 Mac hingga 16 Jun tahun ini, sejumlah 1,229 sampel kes positif telah diuji dan didapati kesemuanya dikesan sebagai B1.1.529 Omicron, Varian Membimbangkan (VOC).

Sampel-sampel berkenaan mewakilI kes-kes positif di seluruh negeri.

Pada minggu terakhir Mei lalu, pihaknya mengesan kejadian pertama BA.2.12.1 melalui satu kes di Kuching manakala BA.5 dikesan di Sibu.

Beliau berkata demikian dalam laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di Kuching.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menandakan kedua-dua sub-varian tersebut sebagai sangat mudah menular dengan kadar transmisi lebih pantas berbanding induk Omicron VOC.

Untuk itu, orang ramai dinasihatkan peka dengan risiko peningkatan kadar jangkitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini