Sorok rokok seludup dalam perabot.

Tindakan licik ini berjaya dibongkar polis dalam serbuan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Desa Tun Razak.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata 4500 kotak rokok dirampas.

Dua lelaki berumur 39 dan 57 tahun dicekup ketika sedang leka menguruskan barangan ketika serbuan.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini