Dua vaksin Covid-19 buatan Thailand iaitu Vaksin ChulaCov19 dan Baiya, kini di peringkat ujian klinikal fasa tiga.

ChulaCov19 dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Chula, Universiti Chulalongkorn.

Manakala Vaksin Baiya yang berasaskan tumbuhan dihasilkan sebuah syarikat pemula Fakulti Farmasi Universiti sama.

Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi, memaklumkan kedua-dua vaksin itu dijangka didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand pertengahan tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini