Dua orang wanita nyaris menemui ajal dalam insiden tayar ‘terbang’ di Songkhla, Thailand, baru-baru ini. Mereka bernasib baik apabila sempat mengelak tayar berkenaan, yang hanya beberapa inci dari kepala masing-masing.

Tayar itu kemudian menghentam dinding sebuah kediaman. Seorang juruteknik kemudian muncul dan mengaku sebagai pemilik tayar. Katanya, dia sedang membawa sebuah kereta untuk dibaiki di bengkelnya dan secara tiba-tiba salah satu tayar kereta itu tercabut.

Tiada kerosakan dan tiada kecederaan dalam insiden terbabit. Kedua-dua wanita berkenan juga tidak meminta sebarang pampasan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini