Dua lelaki warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan memberi rasuah kepada Pegawai Pemerintah, Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Mersing, Mac lalu. Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Vo Minh Ly dan Le Phuc Thuong, didakwa bersubahat memberi suapan RM3,000 kepada Inspektor Rosli Md Saad, sebagai dorongan untuk tidak diambil tindakan undang-undang, kerana menangkap gamat di perairan Malaysia tanpa kebenaran sah.

Kesalahan dilakukan pada 8 Mac, di Perairan Laut Pulau Rawa. Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menetapkan 24 November sebagai sebutan semula kes bagi melantik seorang jurubahasa Vietnam, selain tidak membenarkan tertuduh dijamin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini