Belanjawan Johor 2022 yang dibentangkan 18 November lalu diluluskan selepas mendapat undian majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat.

Ia merupakan belanjawan defisit kali kedua berturut-turut direkodkan iaitu sebanyak RM286.47 juta. Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan Johor akan memperhebat usaha menjadikan Johor sebagai negeri pilihan pelabur.

Ia berdasarkan kepada kedudukan Johor yang strategik dan memiliki pelbagai agensi pemangkin ekonomi. Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan Belanjawan Johor 2022 persidangan penggal keempat Sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini