Lebih ramai rakyat Malaysia menceburi bidang e-dagang tahun ini.

Malah 80 penjual tempatan baharu melalui platform e-dagang Shopee berjaya merekodkan jualan mencecah satu juta ringgit. Shopee merekodkan peningkatan dua kali ganda bilangan penjual sepanjang tahun ini.

Peningkatan dicatat sejajar pertumbuhan pengguna melalui jual beli dalam talian dan pembayaran digital.

Menariknya, demografik penjual termasuk di kawasan luar bandar seperti Hutan Melintang, Kulim dan Bera berjaya meningkatkan jualan.

Antara produk jualan termasuk aksesori rumah, kelengkapan digital dan barangan kesihatan serta kecantikan.

Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, pencapaian tersebut bukti e-dagang menawarkan peluang inklusif dan lumayan di sebalik persekitaran perniagaan mencabar.

Pihaknya komited membantu lebih ramai penjual tempatan menerusi kempen jualan di peringkat tempatan dan serantau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini