Satu Modul Pembayaran Denda Dalam Talian (e-Denda) akan dilaksanakan bermula 1 Disember ini.

Ia fokus Badan Kehakiman Malaysia bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan selaras tranformasi digital pengurusan kes di mahkamah.

Modul itu dilaksanakan secara rintis bermula di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Selayang, Selangor.

E-Denda merupakan proses penyelesaian pembayaran denda secara dalam talian menggunakan Financial Process Exchange (FPX) melalui portal Sistem e-Kehakiman di ecourt.kehakiman.gov.my

Sistem berkenaan juga alternatif kepada saluran pembayaran sedia ada melalui kad debit di terminal Point-Of-Sale (ePos), Cash Deposit Machine (CDM) atau tunai di kaunter pembayaran Mahkamah.

Melalui pelaksanaannya, orang awam tidak perlu ke kaunter pembayaran mahkamah, sekaligus dapat mempercepatkan proses pembayaran denda dan pembebasan tertuduh. Badan Kehakiman Malaysia berharap inisiatif tersebut dapat meningkatkan kualiti akses kepada keadilan dengan memanfaatkan penggunaan teknologi secara optimum dan sekaligus dapat meminimumkan pergerakan bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini