Penolong jurulatih Harimau Malaya yang baharu dilantik, E.Elavarasan anggap tugas bersama pasukan kebangsaan satu cabaran yang wajar dimanfaatkan sebaiknya.

Beliau diumum sebagai ahli keluarga baharu Harimau Malaya pada hari ini bagi membantu ketua jurulatih, Kim Pan Gon.

Melalui kenyataan media dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Elavarasan berharap semua kakitangan kejurulatihan lain dapat mencipta keserasian segera, demi kepentingan skuad Harimau Malaya.

Dalam masa sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada bekas majikan Sarawak United, yang sudi melepaskan beliau demi kepentingan bola sepak Malaysia.

Elavarasan, 60, yang memiliki Lesen Pro Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 itu, telah mengendalikan Sarawak United sejak Februari 2020, dan membantu pasukan itu layak ke Liga Super dengan menamatkan saingan di tempat kedua Liga Premier 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini