Pasukan e-sukan Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB) tempatan, Todak melantik pakar psikologi bagi memantapkan kekuatan mental dan psikologi pemainnya menjelang Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 di Singapura, Disember ini.

Jelas Pengurus Pembangunan e-Sukan Todak, Radzi Rahman Ibrahim, ia merupakan aspek penting yang perlu ditambah baik sebagai persediaan menghadapi lawan yang berada di tahap yang lebih tinggi.

Radzi atau lebih mesra dengan panggilan IKUTO berkata melantik pakar psikologi adalah sebahagian persiapan pasukan selain turut melantik jurulatih dan penganalisis baharu yang akan dibawa ke Singapura.

Sementara itu, jurulatih baharu pasukan Todak, Muhammad Hazim Firdaus Ismail yang dilantik pada Julai lalu sedia membawa cabaran baharu di kejohanan M3 nanti.

Todak diundi dalam kumpulan B bersama dua pasukan Onic Indonesia dan Filipina serta wakil dari Brazil Vivo Keyd.

M3 membariskan 16 pasukan dari seluruh dunia bagi merebut gelaran juara serta hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM3.3 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini