Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperluaskan penggunaan aplikasi e-wallet di luar bandar dalam menggalakkan transaksi tanpa tunai di kawasan terbabit.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, ke arah itu, lebih 15,000 peniaga kecil dan mikro luar bandar disasar menerima manfaat melalui pelaksanaan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDi).
 
100 peniaga dari pihak berkuasa tempatan disasar menyertai program berkenaan menjelang akhir tahun depan.
 
Kuala Berang, Hulu Terengganu menjadi perintis wilayah e-wallet luar bandar pertama di negara ini.
 
Ketika ini, 63 peratus daripada 375 peniaga di Ajil dan Kuala Berang sudah berdaftar dengan pelbagai penyedia kemudahan e-wallet.

Terdahulu, beliau merasmikan Pelancaran Program ReDi di Kuala Berang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini