Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mencatat banyak pencapaian dalam menarik pelaburan baharu, melaksanakan projek pembangunan serta mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pencapaian itu membuktikan, sokongan yang diberikan kerajaan dari segi projek prasarana baharu strategik dan pelanjutan insentif cukai adalah berkesan dalam meningkatkan daya saing wilayah Timur sebagai destinasi pelaburan pilihan. 

Katanya, ECERDC berjaya menarik pelaburan bernilai 13.4 bilion ringgit melebihi sasaran awal iaitu RM12 bilion pada tahun lalu.

Angka tersebut menunjukkan pencapaian tahunan tertinggi di bawah Pelan Induk ECER 2.0 sejak 2018.
 
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan ECER yang diadakan di Kompleks Bandaraya Kuantan, Pahang. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini