Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaburan ECERDC berpotensi mewujudkan lebih 11,000 peluang pekerjaan baharu dan lebih 680 peluang keusahawanan untuk rakyat.
Ia sekaligus memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia.
Menerusi Pelan Induk ECER 2.0, ECERDC menyasarkan pelaburan swasta sebanyak RM70 bilion
Sehingga kini, ia berjaya menarik pelaburan sebanyak RM27.7 bilion
Pencapaian itu disasarkan dengan adanya projek infrastruktur seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Jalan Central Spine (CSR).
Selain itu, projek yang sedang dilaksanakan dan telah siap dibina seperti peluasan Pelabuhan Kuantan sebagai pelabuhan laut dalam, taman perniagaan bertema serta insentif cukai istimewa untuk menarik pelaburan ke Kelantan akan mempercepat
usaha pemulihan ekonomi ECERDC.