Pihak berkuasa Bangladesh bertegas terhadap pelarian Rohingya apabila menutup lebih 2,000 pasar haram di Cox’s Bazar.

Ia susulan timbul pelbagai masalah yang tercetus di pasar tersebut termasuk perniagaan produk haram.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa Bangladesh juga mendapati pasar berkenaan turut digunakan bagi tujuan pengedaran dadah dan bahan larangan lain oleh kumpulan penjenayah.

Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Shamasud Douza, berkata pelarian Rohingya tidak dibenarkan menjalankan sebarang kegiatan perniagaan di kawasan kem pelarian.

Awal Disember lalu kira-kira 1,000 kedai milik pelarian Rohingya dimusnahkan, namun kebanyakannya dibina dan beroperasi kembali, sekali gus mendorong pihak berkuasa merobohkannya lagi.

Bangladesh menerima kemasukan lebih 1.1 juta pelarian Rohingya dari Myanmar akibat tindakan zalim pihak tentera sejak 2017 dan jumlah itu dijangka meningkat berikutan tidak banyak negara lain yang mahu menerima mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini