Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunkan platform EduData bagi membekalkan maklumat kepada pelbagai pihak berkepentingan.

Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad  berkata maklumat dalam EduData mampu membantu dalam merangka inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk menambah baik kurikulum dan latihan sebelum pelajar memasuki pasaran kerja yang kompetitif.

Noraini berkata pihaknya menyasarkan 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025 dan untuk itu, universiti tempatan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuklah program cawangan luar negara atau offshore.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di EduData Summit 2022 (EDS) di New York, Jumaat lalu.

EDS, yang berlangsung pada 8 hingga 10 Jun di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York itu, merupakan platform perbincangan dan perkongsian antara pakar mengenai kepentingan data dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini