Pelakon Datin Paduka Eina Azman mengesahkan dirinya, suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet dan dua pembantu rumah, positif COVID-19.

Bagaimanapun, Eina bersyukur dua anak mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef serta kakaknya, Wenny Azman tidak dijangkiti virus berkenaan.

Eina memberitahu, dia mengalami gejala demam dan batuk manakala suami demam panas dengan paras oksigen kurang baik.

Eina memohon orang ramai mendoakan agar dia dan keluarga segera sembuh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini