Ekonomi digital dijangka menyumbang 25.5 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, anjakan segera itu berlaku susulan penggunaan luas sektor itu ketika pandemik COVID-19. Ketika ini, usaha merapatkan jurang digitial dipergiat.

Beliau optimis Malaysia mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk mencapai 100 peratus keterangkuman digital. Perdana Menteri berucap merasmikan pelancaran Pusat Inovasi Penyelesaian Pelanggan Huawei Malaysia di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini