Kesan daripada pandemik COVID-19, ekonomi Jepun menyusut jauh lebih daripada yang dijangkakan dalam tempoh tiga bulan hingga September. Menurut poakar ekonomi, penyusutan ekonomi ketiga terbesar dunia itu sebanyak 0.8 peratus jauh lebih buruk daripada unjuran 0.2 peratus.

Penguncupan itu sebahagiannya didorong oleh penurunan 1.2 peratus sepanjang musim panas lalu yang menyaksikan lonjakan kes COVID-19. Penurunan dalam pelaburan bukan kediaman turut menjunam 3.8 peratus berikutan isu rantaian bekalan yang menjejas pengeluaran kilang.

Eksport sebagai pemacu ekonomi Jepun juga jelas terjejas. Eksport kenderaan terhenti berikutan kekurangan komponen semikonduktor. Semakan data kerajaan bagi suku kedua hingga Jun mencatat pertumbuhan hanya 0.4 peratus.

Penganalisis bagaimanapun berkata, kelembapan itu akan pulij tidak lama lagi berikutan sekatan pergerakan yang ditarik balik dan program vaksinasi Jepun yang meningkat dengan pantas.

Sebelum ini, Perdana Menteri baharu Fumio Kishida berikrar untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan dijangka bakal mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai ratusan bilion dolar minggu ini. Kerajaannya juga berjanji untuk menyediakan suntikan penggalak vaksin seawal bulan depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini