Ekonomi Johor diunjur meningkat 5 hingga 7 peratus.

Ini memberi keyakinan bahawa pelabur akan terus kekal, malah turut dijangka meningkatkan pelaburan di negeri berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, ia didorong pembukaan semula ekonomi seiring peralihan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.

Keyakinan itu disokong usaha kerajaan negeri serta peruntukan persekutuan menerusi pelbagai projek infrastruktur selain menyediakan insentif kepada pelabur.

Pelbagai sektor ekonomi turut digerakkan dalam tempoh singkat dengan merancakkan kembali perusahaan kecil dan sederhana.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Apresiasi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 di RTM Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini