Ekonomi Malaysia diramal berkembang pada kadar 3.7 peratus tahun ini, sebelum mencatatkan peningkatan lebih kukuh kepada 6 peratus pada 2022.

Ahli ekonomi MIDF Research, Abdul Muizz Morhalim berkata, pemulihan dalam aktiviti ekonomi domestik akan berterusan susulan peningkatan perbelanjaan pengguna dan perniagaan.

Katanya, aktiviti pelaburan lebih baik dan inflasi yang stabil akan memberi sokongan kepada pertumbuhan ekonomi tahun depan. Pertumbuhan berterusan dalam permintaan luar juga diunjur positif terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik serta komoditi.

Faktor tersebut dijangka mendorong Bank Negara menaikkan kadar dasar semalaman, OPR sebanyak 25 mata asas menjelang akhir separuh kedua tahun depan. Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media Tinjauan Pasaran MIDF 2022 di ibu negara.                            

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini