Ekonomi negara diunjur berkembang pada 4 peratus tahun ini. Menerusi laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia Suku Ketiga 2021 oleh MIER, tanda pemulihan jelas dilihat berdasarkan permintaan agregat domestik yang berkembang merangkumi pelaburan dan penggunaan swasta.

Ekoran itu, pertumbuhan ekonomi negara dijangka lebih kukuh tahun hadapan antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus. Ia didorong aktiviti rentas negeri dan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Prestasi pasaran kerja juga diunjur bertambah baik separuh kedua tahun ini. Ia dijangka berterusan sehingga tahun hadapan seiring pembukaan semula aktiviti ekonomi serta sokongan kewangan kerajaan.

Sementara itu, Indeks Keadaan Perniagaan Malaysia meningkat sedikit sebanyak 9.5 mata kepada 97 mata pada suku ketiga 2021, sekaligus mencerminkan sentimen perniagaan yang lebih baik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini