Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah reman empat hari bermula hari ini sehingga 29 Oktober terhadap tiga individu termasuk seorang eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali itu bagi membantu siasatan kes salah guna kedudukan dalam urusan projek di syarikat tersebut.

Selain seorang lelaki yang bertugas di GLC, dua lagi merupakan wanita berusia 40 hingga 57 tahun merupakan pemilik syarikat swasta yang disyaki terlibat dalam projek terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini