Keadaan cuaca panas terik dan angin yang kuat menjadi cabaran kepada Pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid menerusi ekspedisi kayuhan solo Fatbike menjelajah Semenanjung Malaysia.
 
Bagaimanapujn ia tidak mematahkan semangat untuknya meneruskan kayuhan sehingga tiba ke Melaka.

Khairil berkata, dia menganggap segala halangan yang ditempuhi sebagai dugaan dalam menyiapkan diri untuk misi pendakian ‘Projek G3 8000er 2023’ yang merupakan antara ekspedisi paling mencabar kerana terdapat 14 gunung yang perlu ditawan. 

Kairil yang berasal dari Batu Kurau, Perak itu berkata, selepas menghabiskan tujuh jam dalam kayuhan sejauh hampir 100 kilometer, dia memerlukan empat ke lima hari untuk mendapatkan momentum dilaluan seterusnya.
 
Ekspedisi sejauh kira-kira 2,200 kilometer itu bermula di Greenwood, Gombak dan berakhir di Puchong pada 20 Februari depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini